28 November 2017

Kisah Ali & Adik : Hari Last Sekolah

Alhamdulillah 24 November tamat sudah seisi persekolahan bagi tahun 2017. Tahun depan insyaAllah Ali akan mulakan persekolah di Prasekolah..Adik pulak akan stay di PASTI. So tahun depan...pagi-pagi Mama akan jadi super busy sebab nak kena bekejar ke 2 sekolah then nak masuk kerja lagi.
Masa decide nak mohon untuk masukan Ali ke Prasekolah, Mama agak berbelah bahagi. Actually Mama dah puas hati sangat dengan proses pendidikan di PASTI. 2 tahun imam kecik Mama di PASTI, banyak sangat perubahan positif dari segi akademik dan akhlak yang Mama dapat lihat dalam diri Ali. Suka Mama tengok... Tapi sebab nak biasakan Ali dengan alam persekolah, so Mama ikut cakap Babah untuk hantar Ali ke Prasekolah pulak. Alhamdulillkah...permohonan kami berjaya.

Untuk Adik pulak...tahun depan Adik masih di PASTI. Sorry ye sayang...Mama terpaksa pisahkan Adik dengan Abang Ali. Tahun 2017, Adik dah mulakan seisi persekolahan di PASTI, so rasanya dalam masa setahun ni..Adik dah dapat biasakan diri. Ramai kawan-kawan yang Adik dah kenal...cuma mungkin tahun depan best friend Adik, Sophie dah bertukar sekolah lain. Tapi insyaAllah Mama yakin Adik akan OK kat sana.


Untuk kenangan, hari last sekolah ari tu..Mama tangkap gambar Ali dan Adik dalam seragam PASTI. Dalam tempoh setahun ni langsung tak teringat nak tangkap gambar kan....huhuhu ni pun nasib baik teringat. Lepas ni...rindu lah Mama nak tengok Ali pakai kopiah. Huhuhu....sejuk je hati ni bila tengok dia... Semoga anak-anak Mama akan terus berjaya walau di mana saja Ali dan Adik menuntut ilmu.

28 October 2017

Kisah Adik : Happy Birthday Adikkkk

Assalamualaikum. Dah lama Mama Ali dan Adik tak bersiaran kat blog ni. Sejak akhir-akhir ni memang terasa kemalasan nak menaip. InsyaAllah slow2 kita up kan balik semangat berbloging tu...tapi tak pasti lah bila nyer. Hahaha....

Entry kali ni nak story morry pasal sambutan birthday Adik yang ke 4 tahun. Alhamdulillah....syukur Allah masih panjangkan usia kami untuk melihat anak-anak membesar..antara nikmat Allah yang paling indah saya rasakan. Jika direnung balik...kehidupan selepas kehadiran anak-anak memang terasa lebih indah dari kehidupan sewaktu tiada anak. Tak ada sesaat pun saya pernah rasa hidup ini kosong. Ada masanya bila saya rasa penat dan lemah dengan masalah hidup, saya peluk Ali dan Adik...pinjam sedikit kekuatan daripada mereka. TQ ya anak-anak Mama.

Melalut dah Mama kali ni. Sambung cerita birthday Adik yer. Tahun ni kami sambut birthday Adik 2 kali..sekali di rumah dan kali ke 2 di PASTI. Sambutan di rumah..saya buat secara kecil-kecilan jer..sebiji kek dan satay. Itu pun dah buat Adik happy. Alhamdulillah anak-anak Mama tak pernah demand nak sambutan yang besar-besaran. Sambutan yang ke-2 di PASTI kami buat untuk Adik raikan dengan kawan-kawan. Saya just hantar kek dan goodies bag. Biar Adik enjoy potong kek dengan kawan-kawan. Kalau saya tunggu nanti...Adik asyik melekat dengan Mama jer.

Dari awal tahun ari tu Adik dah mulakan seisi persekelohan di PASTI. Ikut jejak Abang Ali, umur 3 tahun lebih dah kena hantar ke sekolah. Sekadar nak bagi berkawan dan belajar benda asas macam solat dan hafazan sikit-sikit. Sejak start sekolah nama Adik pun dah bertukar. Kalau dulu kami panggil dia Adik atau Safiyya tapi sekarang dah tukar Adeena sebab kat PASTI dah ada budak nama Safiyya jugak. Tak apa lah....Adeena pun Adeena lah..janji maksud panggilannya baik-baik.

Apa yang Mama dapat lihat...Adik ni lain sikit dari Abang Ali. Kalo Abang Ali lebih cenderung kepada mekanikal (main lego dan build up something) tapi Adik lebih cenderung pada interaksi dengan manusia dan binatang. Walaupun percakapan Adik masih pelat kanak-kanak lagi tapi dia ni jenis mudah berkawan. Kalau tengok anak binatang...sentiasa cakap "omeynyerrr anak dia". Sampai anak kerbau pun dia cakap comel. Huhuhuhu....comel jer perangai anak solehah Mama ni.

Untuk birthday Adik kali ni...Mama doakan Adik sentiasa dalam perlindungan Allah dari srgala keburukan dan mala petaka. Semoga hidup Adik sentiasa bahagia dan Adik akan sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang baik-baik  disepanjang kehidupan Adik. Mama, Babah dan Abang Ali sentiasa sayangkan Adik tanpa syarat. No matter how old are you, you always be our adorable little girl. HAPPY 4TH YEARS OLD ADEENA SAFIYYA.

14 August 2017

Kisah Ali : Haapy Birthday

Happy Birthday yang ke 5 Imam junior kesayangan Mama dan Babah. Syukur Alhamdulillah....anak Mama dah 5 tahun. Perangai still manja..selalu nak jadi baby...tapi ciri-ciri abang masih ada. Dari segi akademik Alhamdulillah..Ali dalam kategori average student. Banyak perkembangan positif sejak hantar dia ke PASTI. Sekarang ni saya lebih tekankan untuk Ali mengeja dan membaca. Rata-rata orang nasihatkan saya supaya ajar anak membaca awal supaya dia tak ketinggalan bila masuk sekolah rendah nanti. Gerun dengan sistem pendidikan sekarang. Saya dulu time darjah 1 baru belajar membaca. Huhuhu....agaknya time cucu saya nanti..darjah 1 dah kena pandai baca formula kimia, math dan fizik.

Cerita pasal birthday celebration Ali, tahun ni Ali potong 3 biji kek. Semuanya sebab Mama kalut dengan kerja ofis yang datang bertubi-tubi sampai tak ada masa yang cukup untuk prepare sambutan birthday Ali properly.

Kek pertama, kami sambut birthday Ali di Penang sebab Mama ada urusan kerja. Kek ke-2, kami sambut birthday Ali di rumah..kek ni Atok yang beli. Kek ke-3 untuk sambutan birthday Ali di PASTI..kita bagi chance kat Ali sambut dengan kawan-kawan. Untuk goodies bag, Opah Tipah sponsor...so tak adalah Mama dengan Babah rasa berat sangat. Sambutan di PASTI, saya sediakan 2 biji kek. Satu untuk Ali dan satu lagi untuk Adik. Saja buat 2 biji..sambutan birthday Ali last year, kami buat sebiji..tapi tak cukup. Rasa bersalah sangat pada anak-anak PASTI..saya siap kena marah dengan En Amr. Budak-budak...memang suka kek. Tahun ni saya bagi 2 biji...harap-harap cukup lah.


Walaupun ada banyak kekhilafan yang kami lakukan sewaktu membesar Ali, kami syukur sangat sebab Ali membesar dengan baik. Semoga Imam kecil Mama ni akan terus dilindungi Allah dan kehidupan Ali setiasa dirahmati Allah.

16 July 2017

Kisah Mama : YuBiSo

Assalamualaikum
Dah habis demam raya ke? Saya dan family belum habis lagi semangat beraya kami. Last weekend kami ke majlis sambutan raya PASTI anak-anak..weekend ni kami ke open house rumah saudara..dan insyaAllah next weekend ke majlis sambutan raya ofis saya pulak. Raya kan sebulan...

Tapi entry kali ni saya tak nak cerita pasal raya. Kita kumpul dulu cerita pasal raya dan buat satu entry..baru best. Entry kali ni nak cerita pasal kedai Yubiso. Sebelum ni saya memang suka pergi kedai DAISO. Masa study di Jepun dulu saya memang suka beli barang di sini sebab murah. Bila dah balik Malaysia pun terbawa-bawa. Sampai sekarang...walaupun barang-barang kat DAISO dah naik harga jadi RM5.90 pun..saya masih setia ke DAISO. Tapi baru-baru ni hati saya dah mula jatuh cinta dengan YUBISO. Actually ni kali ke-2 saya ke YUBISO. First time pergi time kat AEON Klebang, Ipoh. Second time di AEON Manjung. Kedai YUBISO ni banyak jual produk kosmetik macam make up, sabun dan shampoo. Harga boleh tahan...around RM 5 ke RM20. Kebanyakan produk dari Korea dan Jepun. Saya teringin nak try produk BB Cream Bio Aqua...tapi sebab bedak dan foundation belum habis..tak jadi beli lagi. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan gaduh dengan En Amr. 

Hasil habiskan masa hampir 1 jam dalam kedai YUBISO..akhirnya saya membeli OIL BLOTTING PAPER-RM 5. Muka saya jenis yang berminyak walaupun kerja dalam aircond. Kalau nak beli yang jenama Clean & Clear tu memang koyak sikit la poket. Selama ni saya cuma beli di DAISO. Tapi barang-barang kat DAISO dah naik rega...rasa ralat sikit. Itu yang bila nampak kat YUBISO cuma jual RM 5..saya terus rembat..padahal yang beli di DAISO pun tak habis pakai lagi. Tak apalah..kertas je pun..tak ada expired date.


Apa yang best oil blotting paper YUBISO ni...dia datang siap dengan mirror case yang comel. Kalau masuk dalam handbag senang nak cari...dan tak payah cari cermin sebab dekat case tu dah ada lekat cermin. So lepas lap minyak kat muka..boleh terus touch up. Kualiti kertas sama macam yang DAISO punya..kertas warna coklat..so tak boleh nak compare la dengan yang brand Clean & Clear yang warna biru tu. Anyway..bagi saya dengan harga cuma RM 5 dah good enough. 

Ok..bagi sesiapa yang suka make up dan kosmetik murah-murah boleh la try ke YUBISO. Biasanya kedai ni ada di AEON saja. Tapi bagi yang kulit jenis sensitif tu..hati-hati lah. Kalau naik jerawat or kulit mengelupas..jangan cari saya (Mama lari dulu).

01 July 2017

Raya 2017 : Sambutan Aidilfitri 2017

Selamat Hari Raya. Alhamdulillah dah masuk raya yang ke-7 kita hari ni. Saya pun dah mula bekerja semalam. Tahun ni saya ambik cuti sehari je...sampai raya yang ke-4. Bukan tak de semangat nak beraya..tapi kesian dekat ofismate yang lain. Cuti-cuti macam ni..musim orang balik kampung..comfirm ofis kena serbu. Kesian kawan-kawan kena bersilat kat kaunter. Tak apa lah...niat asal bekerja pun memang nak berbakti pada masyarakat (sebab study dulu pakai duit rakyat @ biasiswa JPA)...so kita korbankan lah sedikit kegembiraan raya kita. Lagipun Sabtu Ahad ni still boleh sambung raya. Small matter...



Ceritera raya kami tahun ni memang terbaik. Tahun ni turn beraya ikut kemahuan saya. So En Amr ikut saja apa plan raya saya. Raya pertama dan ke-2 kami spend di Utara. Memandangkan parents dan adik-beradik saya semuanya pergi rumah mak cik di sana....so kami pun turut serta. Nasib baik highway tak terlalu sarat. Malam raya ke-2 baru kami balik ke Manjung..rumah mentua. Alhamdulillah raya tahun ni rasa puas hati sangat sebab saya dapat jumpa adik beradik saya dan adik beradik ipar. Walaupun dapat jumpa sekejap...tapi syukur sangat. Terasa macam waktu kecik-kecik dulu.


Raya ke-3 baru lah kami balik ke rumah. Lega dapat tidur atas katil sendiri. Time raya-raya ni perangai Ali dan Adik lain sikit. Maklumlah jumpa dengan atok-atok, opah-opah dan mak cik pak cik yang banyak manjakan budak berdua ni. So Mama dan Babah nyer jadi stress kejap..nak marah...depan orang...so bertabah lah kami berdua sampai balik rumah. Raya ke-4 kami sambung beraya area Batu Gajah dan Tanjong Tualang. Raya ke-5, Mamanya dah kena kembali bekerja. Huhuhuhu..... Ali dan Adik sabar kejap ye...tunggu Mama cuti Sabtu Ahad ni kita sambung round beraya balik.

Panjang kan cerita raya kami? Sejak dari kecik parents saya dah ajar untuk kenal saudara mara. Jadi itu lah yang saya cuba ajar pada Ali dan Adik. Alhamdulillah....setakat ni..ramai family kami yang Ali dan Adik dah kenal. Sometime siap request lagi nak pergi rumah Tok Din, Tok Ba, Tok Chu...nak main dengan Abang Amin..nak makan ayam masak kicap Tok Ngah. Huhuhuhu...Mamanyer yang pening kepala dan koyak poket sikit. Korang ingat Perak-Penang-Kedah ni boleh pakai pintu suka hati Doremon?!!!

Setakat ni dulu cerita raya kami. Bagi yang masih bercuti di kampung nan permai...berhati-hati drive pulang ke rumah nanti. Semoga selamat sampai ke destinasi.

24 June 2017

Raya 2017 : Persiapan Raya

Tinggal lagi 1 hari sebelum Ramadhan berlalu. Rasa sedih pun ada...terasa cepat sangat Ramadhan berlalu. Sedar-sedar..dah nak masuk Syawal. Cepat kan. So persiapan raya macamana? Dah ready ke?

Persiapan raya kami sefamily tahun ni..alhamdulillah...sederhana saja. Bab baju raya anak-anak, sebelum puasa lagi dah beli. Saya ni jenis beli sikit-sikit. Bila jumpa je baju atau seluar murah...saya beli. So bila nak dekat raya ni tak ada kelam-kabut sangat. Duit pun tak rasa habis banyak.

Di akhir-akhir Ramadhan ni..saya sibuk dengan projek biskut raya. Alhamdulillah...dah siap 2 jenis biskut... German cookies dan Chocolate Chip cookies. Buat biskut yang tak memerlukan kesenian yang tinggi...setakat gentel jadi bola dan tekan guna garfu. Huhuhuhu... Yang mana biskut yang merenyah tu..saya order je. Malas nak buat.


Untuk tema baju di pagi raya..saya pilih warna HIJAU (Saya yang pilih...Babah dan anak-anak ikut je). Untuk saya dan Adik, saya pilih baju kurung moden. Babah dan Ali pulak...Babah nyer pilih kurta. Tahun ni kami bagi freedom pada Ali dan Adik untuk pilih kasut raya sendiri. Dua beradik sepakat nak kasut yang ada lampu. Robak jugak poket Babah membayar harga kasut. Tak apa lah...raya setahun sekali je kan. Nasib Babah yang bayarkan..kalo Mama...jangan harap ye anak-anak...sebab Mamanya kedekut.


Bab duit raya...Isnin lepas dah ditukar. Mula-mula kirim pada ofismate untuk tukarkan di Maybank pada hari Jumaat. Tapi ya ampun.....banyak sungguh kerenah Maybank Kampar. Nak tukar duit RM 1, amaun mesti RM 200..then limit sorang cuma boleh tukar RM 200 saja...plus no free sampul duit raya. Huhh....tension Mama. Memandangkan ofismate pun nak tukar duit raya jugak..tak dapat lah dia membantu saya. So pagi-pagi Isnin...saya ke AmBank Kampar. Alhamdulillah...tak banyak kerenah. Walaupun note RM 1 dapat yang recycle punya...tapi at least Ambank bagi free sampul duit raya. So jimat duit.. Raya next year memang tak ada lah teman nak terhegeh-hegeh tukar duit raya kat Maybank lagi dah. Kita beralih pada Ambank pulak. Sampul duit raya tahun ni...macam biasa kita recycle je sampul yang Ali dan Adik dapat tahun lepas plus yang dapat free dari bank. So memang sampul duit raya saya agak carca marba sikit. But who care rite. Yang penting ada isi kat dalam.

Itu saja cerita persiapan raya tahun ni Untuk kawan-kawan dialam maya..saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA. Ampun dan maaf sekiranya ada penulisan saya yang mengguriskan hati anda-anda. Semoga sambutan raya tahun ni meriah dan kita diberi kemaafan dan memaafkan orang lain. Doakan semoga umur saya dan keluarga panjang agar saya dapat terus mencoret di sini.

08 June 2017

Raya 2017 : Biskut Raya

Baru minggu ke-2 puasa, Puan Putri dah sibuk pasal biskut raya. Awalkan? Raya tahun ni saya cadang nak buat 3 jenis biskut...dan semuanya biskut yang gentel bulat-bulat dan tekan guna garfu. Tahun ni malas nak buat biskut yang merenyah. Kita buat yang simple-simple sudah sebab biasanya tetamu yang datang lebih suka makan kerepek daripada biskut.

Puasa yang ke-8 haritu saya sempat test German Cookies. Actually dah lama sangat saya tak buat German Cookies ni. Kebetulan Tesco tengah offer Buttercup tu yang terus bersemangat nak start buat. Saya cuma buat 1 adunan..dapatlah 49 biji. Itu pun tak sampai seminggu..biskut dah habis pun. German Cookies ni rangup kat luar dan melting dalam mulut. Bahan tak banyak guna dan cara buat pun mudah sangat. Saya separuhkan butter daripada resipi asal supaya adunan tak terlalu lembik. Alhamdulillah..biskut yang terhasil lembut dan rangup.

Untuk resipi German Cookies ni..saya sertakan link ke blog saya yang satu lagi. Kat sini kita belanja gambar saja ye.