28 July 2013

Sampul Duit Raya Oh Sampul Duit Raya

Raya dah nak dekat. Duit Raya untuk bebudak dah prepare ke? Raya tahun ni bonus orang keje gomen tak lebat sangat (tapi tetap syukur sebab kerajaan masih bermurah hati), jadi sebagai full time housewife yang tak ada income, saya kena la berjimat cermat. Salah satu caranya ialah : 
RECYCLE BALIK SAMPUL DUIT RAYA TAHUN LEPAS



Masa saya kecik-kecik dulu, sampul duit raya ni selalu dapat free dari bank atau super market. Tapi sekarang ni, kalau ada yang bagi pun..cuma 5 helai saja. Mana cukup!!! Anak sedara berderet ramai (hehehe..tipu la. Saya belum ada anak sedara lagi). Nak tak nak..kena la kita membeli. Kalau di Tesco sampul duit raya yang paling murah pun RM1.20 for 10 keping. Kira sekeping sampul tu jatuh 10 sen. Budak-budak bila dapat duit raya, dia akan buang sampul dan cuma ambil isi dalam saja. Membazir!!!! Sometimes saya jadi sedey bila tengok sampul duit raya yang saya bagi kena buang kat tepi longkang.

Jadi untuk raya tahun ni, saya recycle balik sampul duit raya tahun lepas. Raya last year Ali Amrsyar baru lahir. Banyak jugak sedekah yang dia dapat. Bila tengok sampul-sampul yang still boleh guna, rasa sayang nak buang. Saya pun simpan baik-baik dan guna untuk raya tahun ni. Lepas ni kalau ada budak yang buang sampul duit raya yang saya bagi, saya tak akan terasa hati dah. Lantak kome ler !!!!

14 comments:

  1. Budak-budak bila dapat duit raya, dia akan buang sampul dan cuma ambil isi dalam saja. Membazir!!!! Sometimes saya jadi sedey bila tengok sampul duit raya yang saya bagi kena buang kat tepi longkang.

    Tergelak saya baca nie.. Ble plak sedih. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedey la dik..sekeping sampul tu akak beli 10 sen.bg org lama macam akak ni 10 sen tu teramat lah beharga

      Delete
  2. Bagus jugak idea macam ni..setuju sangat-sangat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. disamping menjimatkan kertas,, kita menjimatkan duit jugak..hehee

      Delete
  3. idea yang bernas...kanak2 tahu isi dalam jer...sampul tue nanti dibuangnyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampul tu x da harga pd budak2.so deorang x kesah pun sampul tu uruk ke cantik.yg penting isi kat dalam

      Delete
  4. ila pun camtu..hehe..sampul yg org kasi duit raya kat anak...ila simpan untuk guna semula..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kan nak buang sebab benda boleh pakai lagi

      Delete
  5. i kalau dapat duit raya sampul comel-comel mesti simpan =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kan sampul comey2..saya suka sampul habib jewel tahun ni

      Delete
  6. Replies
    1. nak duit raye kena la dtg beraye

      Delete
  7. betul2..
    dah ada anak2, smpan sampul2 duit raya ank tu pastu bagi blik kt org.
    tiap2 taun nak beli pun mmbzir je.
    budak2 nk duit, bkn nk smpul ..
    takde plak org kmpul smpul raya kan :)


    *nanti dah anak pun nak kmpul smpul raya anak, mklum la dah xdpt duit rya bersampul dah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazirkan..10 keping dah rm1.20..kalao nak beli 50 keping..dah rm5.boleh lepas makan lunch tu

      Delete