23 November 2013

Kisah Adik : Adik Kuat Teriaaaaaaaak !!!

Tinggal lagi a few days saya dan adik nak habis pantang. Tak sabar nak bawa adik kuar jalan-jalan (mamanya dah selamat kuar ke Tesco walaupun masih dalam pantang). Tapikan...semakin dekat nak habis pantang, makin kuat anak mama ni menanges. Yang buat saya lagi pelik tu, si kecik ni suka menanges waktu malam je. Kalau time siang elok dia tido. Tapi bila pukul 2 or 3 pagi, mula la dia buat konsert. Kadang-kadang sampai pukul 5 pagi saya terpaksa berjaga untuk tenangkan dia. Esoknya mula la pening kepala sebab tak cukup tido. Nak cover tido time siang pun tak boleh jugak sebab Ali pun perlukan perhatian saya. Jadi..nak tak nak, terpaksa la saya telan 2 cawan kopi sehari. Pagi secawan..petang secawan. Harap-harap lepas ni saya tak kembali pada habit masa jadi student dulu : coffee addicted. Kalau la En Amri ada..boleh kami bergilir jadi burung hantu. Tapi nak buat macamana kan....dah kena bertugas (pura-pura memahami. Pada hal selalu bertekak pasal hal ni). Sabar je la.....

Adik yang suka buat konsert malam-malam

Pagi tadi saya bawa adik ke Darul Syifa di Kampar. Darul Syifa ni terletak berdekatan dengan Masjid An- Nur. Hari biasa saya tak pasti buka ke tak..tapi weekend buka sampai 12 tengahari. Tak ada bayaran tertentu untuk rawatan yang dibuat. Lepas habis rawatan, kita cuma perlu masukkan sumbangan ikhlas dalam tabung yang disediakan. Cuma bila rawatan yang dibuat memerlukan air, kita kena masukkan RM 2.50 ke dalam tabung. Kalau kita ada hajat, boleh tulis nama dan hajat dalam borang solat hajat yang disediakan. Bagi saya ini salah satu cara untuk kita berusaha. Menjadi atau tak..biar Allah yang tentukan.

Ok back to our main story. Petang tadi, opah dah mandikan adik dengan air yang ustaz di Darul Syifa bekalkan. Ustaz suruh mandikan adik dengan air yang dah dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran (yang saya perasan ustaz baca 3 Kul dan ayat Kursi) tiga petang berturut-turut. Harap-harap malam ni dan malam-malam seterusnya adik akan berenti buat konsert pukul 2 or 3 pagi lagi dah. Kesian la kat mama ye dik. Mama pun nak tidur jugak. 

8 comments:

  1. Semoga sihat2 selalu adik... :)

    ReplyDelete
  2. Comelnya hehe. Tapi pengalaman kan semua tu. Nanti dia dah besar boleh cerita balik dekat dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la
      macam mak kita selalu cerita kat kita
      mesti adik malu bila akak cerita dia kuat nanges maasa kecik2

      Delete
  3. biasa la tu..time ni ibu bapa diuji...6bln kena ragging

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..6 bulan la kena jadi burung hantu

      Delete