27 January 2014

Babah Balikkkkkkk !!!!!

After 3 bulan Abang Ali dan Adik Safiyya tak jumpa Babah....20 Jan 2014 - akhirnya Babah balik jugak.

Reaksi si Abang dan Adik bila jumpa Babah : Dua-dua berebut Babah.

Tiga Anugerah Allah Yang Tak Ternilai


Reaksi Ali : Abang Ali memang dah kenal Babah. Waktu Babah dekat ops, tiap-tiap hari dia mesti nak tengok gambar Babah. Tido malam pun, dia mintak Atok bukak gambar-gambar Babah dekat komputer. Punya la rindu dekat Babah dia. Tido pun nak tengok gambar Babah. Tapi nak buat macamana...Babah bukan boleh balik ikut suka hati time ops. Nasib hero Mama ni kuat dan penyabar. Reaksi Ali bila jumpa Babah : Mula-mula dia agak blurrr sikit ( sebab saya tak bagitau dia pun Babah dia nak balik ). Agaknya dia antara percaya dan tak..Babah dah ada depan mata. Lepas tu terus peluk kaki Babah. 

Reaksi Adik : Berbeza dengan Adik. Masa saya delivered Adik 11 Oktober 2013, En Amri balik selama 10 hari. Dari usia Adik 9 hari till sekarang ni dah masuk 3 bulan ( dah boleh menerap ), baru Adik dapat jumpa Babah dia balik. Sepatutnya Adik tak kenai pun Babah dia sebab last time dia jumpa Babah waktu dia still new born. Tapi yang menghairankan saya, elok je dia main dengan Babah dia. Tak nanges pun. Adik jenis yang tak suka orang lelaki dukung ( kecuali Atok dan Pak Long), tapi dengan Babah..dia suke. Agaknya itu la bonding Bapa-Anak yang kita tak nampak. Biar pun lama tak jumpa, Adik tahu itu Babah dia. 

Reaksi Mama : Lega....Bila En Amri balik, ada orang boleh tolong hantar dan ambik keje. Lepas ni baru orang tau status saya. Kalau tak, asyik kena kacau dengan adik-adik Tesco yang selalu lepak mamak time saya beli breakfast. Lega lagi sebab tugas mandikan Ali dahberpindah kepada En Amri. Ini salah satu cara supaya Ali tak lupakan Babah dia. Jealous sebab Ali dan Adik dah tak peduli kat saya. Asyikkkkk dengan Babah jeeeeee....

Babah balik kali ni bukan for good. Babah cuma dapat cuti 2 weeks. Lepas CNY nanti..Babah dah kena balik ke Kota Kinabalu. Harap-harap Abang Ali dan Adik Safiyya tak meragam bila kena tinggal lagi. Sabar ye anak-anak Mama. 

P/s : To all readers - Doakan semoga kami sekeluarga dapat duduk sebumbung secepat yang boleh. Kesian tengok Abang Ali dan Adik Safiyya rindu Babah ...

8 comments:

  1. wahh..mesti seronok abg ali dan adik dpt jumpa babah dorg kan.. InShaAllah nnti boleh ddk sebumbung tu kak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok sgt 2 org budak kecik tu.babah balik x bawak apa2 pun...tp deorang dh cukup suka

      Delete
  2. MET doakan semuga akma & amri dapat tinggal sebumbung seperti pasangan yang lain...Amin.....

    Selamat berbahagia.

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnnn
      semoga Allah berikan peluang untuk kami rasai nikmat hidup bekerluarga suatu hari nanti

      Delete
  3. Kesian kat anak2 klu lama baru dpt jumpa babah mrk kan.. moga cepat2 lah dpt duduk sebumbung ya...amin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..kesian tgk anak2 bl babah kena blk kk.jd moody saja

      Delete
  4. salam. mesti mereka rindukan babah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rindu pun cik itah.nex week babah dh nk blk kk..nanges mama sebab budak2 mesti meragam

      Delete