20 January 2014

Usaha Mama Untuk Susukan Adik (Supplements)

Pengalaman menyusukan Adik agak berbeza dengan Ali dulu. Masa menyusukan Ali, saya tak bekerja. Hidup saya 24 jam dengan anak. Tak ada masalah susu berkurang sebab everytime Ali nak menyusu saya boleh direct feeding dia. Jadi pengeluaran susu sentiasa cukup selari dengan umur Ali. Berbeza dengan Adik. Lepas 44 hari selesai berpantangkan Adik, saya kena mula bekerja. Bila dah mula bekerja, saya terpaksa guna pump susu dan ambil supplements supaya susu saya tak kering. Memang sedih sebab terpaksa bagi Adik susu frozen yang dicairkan. Tapi saya tak ada pilihan. Setiap kali pump susu, saya mintak maaf pada Adik sebab tak mampu nak direct feeding dia. Semoga bila dia besar nanti dia akan faham kenapa saya tak boleh direct feeding dia macam abang Ali. Maafkan mama ya Safiyya sayang.

Disebabkan saya tak boleh direct feeding Adik, saya selalu risau kalau susu saya kering. Jadi seminggu lepas mula bekerja, saya consume ESP Shaklee, vitamin B Complex,  Asid Folik, tablet kalsium dan vitamin C. Banyak kan supplement saya ambik? Berapa budget sebulan? Huhuhu... Actually belanja sebulan untuk supplement tak sampai RM 150 pun. Yang  ESP Shaklee saya cuma ambil 2 scope sehari. Jadi 1 botol ESP (RM 150) dapat tahan selama 2 bulan. Untuk vitamin B complex dan Asid Folik, buat masa ni saya makan saki baki yang dapat dari Klinik Kesihatan masa preggy dulu. Everytime check up perut, saya akan mintak vitamin B complex dan Asid Folik dari nurse. Hasilnya, stok vitamin saya bertimbun-timbun. Lepas delivered Adik, saya continue ambil vitamin ni sampai sekarang. Bila stok habis nanti, saya cadang nak beli dekat farmasi saja. Untuk tablet kalsium saya ambil Goat Milk Tablets. Beli di Avon, baru RM 24 - 100 tablets. Rasa tablets ni agak kureeeng. Ada rasa macam kambing sikit (dah nama pun GOAT Milk Tablets..tak kan nak rasa oren pulak). Tapi demi untuk kebaikkan Adik, saya telan saja. Bagi yang tak boleh nak kunyah, boleh telan dengan air. Vitamin C pulak saya beli di Watson. Harga dalam RM 30 - 100 tablets. So total cost...around RM 100 sahaja untuk sebulan.

Imej Ihsan dari Mr Google
Imej Ihsan dari Mr Google
Memang kalau ikutkan hati, saya pun teringin nak consume set penyusuan Shaklee. Tapi orang tua kata, belanja ikut poket sendiri. Setakat ni poket saya cuma mampu tanggung ESP Shaklee sahaja. Jadi untuk supplements yang lain, saya terpaksa cari alternatif yang lagi murah. Alhamdulillah...setakat ni, susu saya masih mampu menampung permintaan dari Adik. Adik pun sehat walafiat dan badan macam dipam-pam. Seronok tengok Adik..setiap hari aktif dan ceria.

Selain dari ambil supplements saya jugak jaga pemakanan. Breakfast dan lunch adalah wajib bagi saya. Dinner tu kadang-kadang ter"escape" jugak. Bila penat sangat, saya pun akan terlelap dengan anak-anak. Tak sempat nak dinner. Saya jugak pastikan yang saya kena makan nasi dan sayur sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalau dari pengalaman susukan Ali dulu, nasi boleh dijadikan sebagai milk booster.

Ok la..setakat ni saja ilmu yang saya ada untuk di"share"kan. Bagi ibu-ibu yang bercadang nak BFkan anak tapi tak mampu nak consume supplements mahal-mahal, maybe boleh ikut cara saya. Azam saya untuk tahun 2014 ialah nak fully BF kan Adik sehingga umur dia 2 tahun. Ini salah satu usaha untuk pastikan azam saya tercapai. Doakan semoga usaha saya berbaloi.

3 comments:

  1. sy pn tgh bf baby...arapnya niat sy utk bf dia smpi 2tahun stgh tercapai..aminnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn..sama2 kita usahakn niat baik kita

      Delete
  2. moga puteri di murahkan rezeki utk terus bagi adik BF... sy mmg respek kat ibu2 yg berusaha bagi anak fully BF ni.. sbb sy dulu hanya sempat bagi anak sy 2 bulan BF.. aduh! mmg kurang sgt ilmu masa tu..:(

    ReplyDelete