05 March 2014

Kisah Amrsyar : Le Tour de Langkawi

Sabtu lepas saya bawa Ali tengok pelepasan lumba basikal Le Tour de Langkawi. Ini bahagian yang ke-3 (kalau tak silap saya) dari Kampar ke Dataran Merdeka. Actually saya kena details...so terpaksa la pergi. Lagipun diberi cuti berganti...sebab tu rajin bangun pagi-pagi dan join event ni. Bukan susah pun..dok tecangok kat depan pentas dari pukul 8 sampai 10 pagi jer.


Mula-mula ingat nak pegi melenggang sorang diri..but then terdetik nak bawa Ali. Mana tau bila besar nanti dia minat nak jadi atlet lumba basikal. Orang kata kita kena pupuk minat anak sejak dari kecil. So seboleh-bolehnya saya nak expose anak-anak saya pada banyak benda supaya they all boleh pilih minat dan kebolehan sendiri. Jadi dengan penuh bersemangatnya saya gerak Ali bangun pagi dan usung dia ke event ni.

Tapi.......sampai je kat sana, tengok sendiri la dia buat apa :


Budak akan tetap jadi budak. Ali lebih suka main kutip batu dan daun kering daripada tengok basikal. Bukan dia sorang je macam tu...budak lain pun sama. Orang lain punya la sibuk nak tengok riders, tapi budak-budak ni buat hal diaorang sendiri. Tapi tak kesah lah..asalkan Ali tak merengek dan lari sana-sini.

Walaupun misi sebenar saya tak tercapai, tapi tak rugi pun bawa Ali join event yang ramai orang macam ni. Dari apa yang saya tengok, Ali jenis budak yang pemalu bila depan orang ramai. Kalau kat rumah tu..elok je dia menari. Tapi bila dekat sini, Ali malu-malu bila disuruh buat senam robik. Asyik melekat kat kaki mama jer. I guess ini pendedahan yang baik untuk bentuk self confidence yang tinggi dalam diri Ali. Insya Allah bila besar nanti hero mama bolleh jadi pemimpin yang baik ye sayang.

6 comments:

  1. betul tu elok dipupuk self confidence nya dari sekarang ni :)

    ReplyDelete
  2. Harap2 Ali x jd mcm saya. self confidence very low.selalu kena reject bika intrvw

    ReplyDelete
  3. hahaha... budak2 kecik mmg camtu kak !

    ReplyDelete
  4. saya tgk kat kl je hari tu. hihi
    tak pa la xlist ada juga xtvt ali kan

    *ala putri, saya kan berdua dgn en suami.itu yg sofa masih cntik terjaga.
    lagipon sarung dia boleh buka basuh. mmg tak lusuh warnanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kl mesti ramai org kan..
      lps ni nk bl sofa cam cik sue..senang nk cuci kalo ali bg tumpah.sofa.pvc tu dia suka cucuk2 dgn pensil

      Delete