22 May 2014

Kisah Adik : Dah Mula Melasak

Just a quick update pasal Adik since Mama ada jangkitan wabak M. Adik sekarang dah makin lasak.Suka panjat kerusi kemudian lepas tangan..konon nak berdiri sendiri. Tapi kaki tak kuat lagi..so bedebuk jatuk ke lantai. Nasib tikar tebal kalo tak....alamat dapat telor free sebijik kat kepala. 

Since Adik dah boleh memanjat, so Opah dapat sorang lagi "tukang kemas rumah tak bergaji". "Tukang kemas rumah tak bergaji" yang pertama mesti lah Abang Ali yang comey.Setiap hari rumah mesti bersepah dengan toys dua beradik ni. Nak baring depan TVpun dah payah. Opah pun dah malas nak kemas rumah. Tunggu budak-budak ni tidur baru boleh kemas. 


Ok tu je la cerita yang boleh di"update" pasai budak comey ni. Lain kali kalau ada masa Mama update lagi. Luv Ali dan Safiyya.

10 May 2014

Kisah Mama : Dapat Hadiah Mother's Day

11 MEI 2014 - Kali ke-2 saya diraikan sebagai ibu. Ada yang cakap hari ibu kena sambut hari-hari bukan pada hari tertentu sahaja. Tapi bagi saya, tak salahkan kalau ada satu hari yang special untuk kami para ibu. Yer la..tak kan hari-hari suami dan anak-anak nak bagi hadiah. Tak kan hari-hari jugak suami dan anak-anak nak buat semua kerja rumah sementara kami berehat. Jadi bagi saya tak salah kalau kita sambut Mother's Day. Hari dimana kami, para ibu diraikan dan diberi layanan atau hadiah istimewa. Tapi ini cuma pendapat saya sebagai seorang ibu.

Tahun lepas rasanya tak ada apa-apa special gift dari En Amri. Tapi tahun ni...saya dah terima gift dari dia petang tadi. Nasib sempat abang Pos Laju call suruh saya tunggu depan office. Kalau tak, alamatnya hari Isnin baru dapat. Mother's Day tahun ni saya dapat :


COOLER BAG

Actually saya ada merungut kat En Amri cooler bag saya dah koyak. Dah lama pun pakai coller bag tu..dari Ali lagi. Dah 1 tahun 9 bulan kot. Jadi, pak cik tu pun belikan la cooler bag baru untuk saya. Comey sangat..siap ada corak jalur-jalur lagi..nasib bukan corak jalur gemilang. Nanti orang ingat saya rembat barang kerajaan pulak. Anyways, THANK YOU EN AMRI. Hadiah yang terbaik untuk seorang ibu. Lepas ni dah tak malu nak usung cooler bag lagi dah. Kalau coller bag sebelum ni orang suka perli saya bawa jantung sebab cooler bag tu warna hitam. Dah ada cooler bag jalur-jalur ni..baru nampak stylo sikit. Hahaha...boleh tak..cooler bag je pun.

 Hadiah dari anak-anak ????!!! Anak-anak saya kecik lagi. Hari Isnin sampai Ahad pun belum kenai..ni kan pulk hari ibu. Tapi bagi saya, cukuplah sekadar dapat tengok senyuman dan gelak tawa Adik dan Ali. Itu dah merupakan hadiah terbesar untuk saya. 3 tahun menanti untuk bergelar seorang ibu...akhirnya Allah hadiahkan saya dengan 2 anugerah terindah : Muhammad Ali Amrsyar bin Amri dan Nur Addeena Safiyya binti Amri. Syukur Ya Allah...

07 May 2014

Kisah Adik : Perkembangan Adik 6 Bulan


Lama tak tulis pasal perkembangan debab-comey Mama ni. Adik dah nak masuk 7 bulan pun. Tapi ok la sebab entry kali ni nak cerita pasal perkembangan Adik sepanjang 6 bulan. 1 day after masuk 6 bulan, saya bawa Adik check up di KK. Alhamdulillah semua normal..berat pun dah 6 kilo +++ . Adik masih lagi minum susu manusia walaupun Adik dah start makan solid food. Saya belum terfikir nak bagi Adik minum susu haiwan. Pendapat saya : Selagi ada susu manusia, bagi lah susu manusia pada anak anda. Ok ini list yang 6 months old's Addeena Safiyya dah mampu buat :

1. MERANGKAK LAJU - since 5 bulan Adik dah boleh merangkak..tapi slow macam kura-kura. Sekarang ni dah laju..sekejap je dah sampai dapur. Time saya balik kerja, dia dah tunggu depan pintu. Tak sempat nak bukak tudung, kain dah kena tarik sambil mata dia terkebil-kebil mintak dukung.

2. MEMANJAT - huhuhu..dah nama pun anak askar..panjat memanjat serahkan pada diaorang. Kat rumah 96 ni, kena jaga-jaga kalau nak tidur atau baring kat lantai. Sebab si kecik ni suka panjat badan orang lepas tu korek lubang hidung atau telinga.

3. BERDIRI DENGAN BANTUAN - since Adik dah boleh panjat, biasanya dia akan panjat sofa kemudian berdiri sambil pegang sofa. Cepat ????!!! Hurmmmm...entah lah. Actually Abang Ali dulu pun sama jugak..6 bulah dah boleh berdiri dengan bantuan. 

4. TOILET TRAINING - Walaupun Adik baru 6 bulan, opah tak bagi Adik poo poo dalam diapers dah. Bila dia buat muka meneran, cepat-cepat saya atau opah bawa Adik ke toilet. Letakkan dia atas potty. First time letak Adik atas potty memang dia meraung. Tapi bila Abang Ali buat muka meneran..konon-konon ajar Adik poo poo dalam potty, baru Adik dapat selesaikan urusan yang terbantut seketika. Pecah perut tengok gelagat 2 budak manja ni.


Itu saja rasanya perkembangan Adik sepanjang 6 bulan. So far so good. Cuma yang merisaukan saya Adik masih belum boleh duduk dengan sendiri. Kalau diletak dalam posisi duduk, dia ok. Cuma dia masih belum boleh duduk sendiri bila dia merangkak. Tapi tak apa lah..maybe Adik lambat sikit. Saya akan pantau dia bulan depan. Kalau tak boleh jugak..kena dapatkan nasihat dari yang pakar. 

03 May 2014

Kisah Amrsyar : Dah Ada Basikal

ALI DAH DAPAT BASIKAL !!!
Baru setahun 8 bulan, tapi Atok dah belikan Ali basikal. Actually Atok kesian kat Ali. Tiap petang asyik tengok je budak-budak lain naik basikal depan rumah. Tak sampai hati tengok muka dia yang kagum tengok orang kayuh basikal. Jadi Atok pun belikan satu untuk Ali. Tapi, kaki Ali belum cukup kuat lagi nak kayuh basikal. Sudahnya jadilah macam ni :


Atok ikat tali pada basikal Ali supaya senang Atok nak tarik. Jadi tak payah Ali susah payah kayuh basikal. Tak tahu la sampai bila Atok kena tarik basikal Ali. Lawak jugak tengok gelagat cucu dan atok ni. Tiap-tiap petang Ali akan ajak Atok naik basikal. Lepas habis naik basikal, Atok akan merungut lenguh tangan sebab Ali dah semakin berat. 

Hero Mama ni makin banyak akal dia. Sebagai mama, saya tak nak limit kan keupayaan dia, walaupun orang kata masih terlalu awal untuk ajar Ali naik basikal. Biar lah orang dengan cara orang dan saya dengan cara saya. Semoga Ali membesar dan dewasa seperti Saidina Ali : berani, kuat dan aktif.