10 July 2014

Babah Balik !!!!!!!!

Surprised !!!!!!! BABAH BALIK !!!!!!
Mama pulak yang terlebih excited. Almost 4 bulan tak jumpa suami, kasi chan la kat Mama nak excited sikit. Alhamdulillah En Amri balik pada Sabtu yang lepas. En Amri dapat cuti seminggu. Lepas CO sign borang cuti, En Amri terus beli tiket flight and balik ke Kampar. Tq dear...

Reaksi Ali bila jumpa Babah : mula-mula dia renung Babah. After 2 minit baru dia jerit BABAH. Lepas salam dengan Babah, dia pegang tangan Babah sambil bye bye kat Mama. Amboiiiii...seronok ko ye nak..sampai Mama pun ko siap bye bye lagi. Sekarang ni...Ali asyik sebut BABAH BABAH BABAH je. Penat Babah asyik kena sahut.

Reaksi Adik : Awal-awal jumpa Babah Adik tak nak kat Babah. Bila Babah dukung, Adik menangis. Tapi lepas beberapa jam Babah asyik cium-cium Adik, dia dah mula suka pada Babah. Time bebuka pun dia asyik duduk kat kaki Babah mintak makanan. Sampaikan Babah nak pegi toilet pun payah.

Reaksi Mama : Suke la saya.....suami dah balik. Ada orang boleh tolong dukung anak. Bukan nak bersungut tapi dengan tinggi 140 cm dan berat 45kg....rasa sakit tulang belakang bila kena dukung Ali yang  dah 11 kg dan Adik yang dah 7kg. Tapi seminggu je pun boleh bermanja-manjaan. Ahad ni En Amri dah kena terbang ke KK semula. InsyaAllah bulan 8 baru kami dapat jumpa balik.


Doakan semoga family kami dapat tinggal bersama bila tiba masanya nanti. Semoga Allah perkukuhkan kasih sayang dalam hati kami biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan.

4 comments:

  1. Ya Allah boleh bayang perasan tu macam mana.lama tu pat bulan tak jupe..
    in shaa Allah.. Allah dengar doa hambaNya..smoga dipermudahkan semuanya aamiin..

    ReplyDelete
  2. lama juga nak tunggu bulan 8 tu..semoga korang dapat tinggal sebumbung 1 ari nanti

    ReplyDelete
  3. salam. amin..semoga berbahagia sis dan family :)

    ReplyDelete
  4. Kebahagiaan itu boleh datang dalam banyak cara.. semoga terus bahagia..

    salam perkenalan.. sedang meluaskan kawan blogger..

    oleh
    http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com

    ReplyDelete