25 July 2014

Kisah Mama : Persiapan Raya

Tinggal lagi 2 hari sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Rata-rata mommies mesti dah siap persiapan raya kan. Biasanya kita akan dahulukan barang anak-anak. Biasa la...naluri ibu.

Raya tahun ni En Amri tak dapat balik beraya. Dah tugas...saya terima saja keadaan kami. Sedih memang sedih..tapi bila dah biasa...pandai-pandai la kita ceriakan hati sendiri. 5 tahun usia perkahwinan kami, kami cuma pernah sambut raya 2 kali saja. Yang lagi 3 kali kami sambut berasingan. Lagipun raya tahun ni, saya dah ada 2 orang buah hati. Ada la pengupat kesedihan.

Persiapan raya tahun ni lebih kepada anak-anak. Baju raya Ali dan Adik dah siap beli...sorang 3 helai. Jadi lah...sebab tiap bulan pun memang saya belikan baju untuk Ali dan Adik. Jadi baju raya...tak payah banyak-banyak. Duit raya pun dah prepare. Tahun ni semua guna sampul baru. Tak ada sampul recycle sebab stok sampul dah bertengkek-tengkek. Semak la pulak... Tinggal baju raya saya dan kuih raya je belum cari lagi. Baju saya tu...kalau ada..ada la..kalo tak ada...saya tak kesah sangat.


Kalo tengok baju Ali dan Adik semua brand Anakku. Hehehe...itu tandanya mamanya shopping last minute sebab kat Kampar cuma ada butik Anakku. Kalau nak brand lain biasanya saya ke Ipoh. Next year dah tak mau shopping last minute dah. Sebelum raya nak complete semua persiapan raya. Penat woooooo.....

Akhir kalam : Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada hasil tulisan saya yang buat anda terasa. Nak ucap selamat hari raya awal-awal sebab raya nanti mesti bz.

2 comments:

  1. salam. heheheh sy masih tengah mencari baju raya..hari ni last day pencarian..esok awal pagi nak balik kampung da..harap la dapat jumpa baju raya yg mengena dihati hehehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah siap semua dah ye
    selamat hari raya
    maaf zahir batin dari saya
    sepanjang mengomen di sini :)

    ReplyDelete