09 September 2014

Kisah Amrsyar Dan Adik : Riadah Pagi Ahad

Ahad lepas Babah balik lagi. Sekarang ni Babah kursus di PD, jadi insyaAllah most weekend bleh balik. Seronok bebudak dua orang ni sebab dapat jumpa Babah kerap. Kalau tak sebulan sekali baru dapat jumpa Babah. Itupun kalau Babah tak kena pergi operasi. Kalau Babah kena pergi operasi..berjanggut lah kami anak beranak tunggu 3 bulan.

Ahad lepas kami bawa Ali dan Adik pergi riadah pagi. Tak jauh pun..kat taman area Bandar Baru je. Actually saya nak train Adik berjalan. Adik dah nak masuk 11 bulan..dah boleh berdiri tapi masih takut-takut nak melangkah. Babah dah mula risau. Jadi kami bawa budak bedua ni ke taman...train Adik berjalan atas rumput. Jatuh pun tak pe.. Hasilnya....Adik boleh berjalan laju..tapi masih nak pegang tangan Mama. Bila Mama lepas tangan, dia berdiri statik tak mau bergerak. Huhuhu...tak pe sayang...kita usaha lagi ye.


Abang Ali....seronok dia dapat berlari tanpa had. Anak lelaki...memang suka padang. Walaupun kat taman ni ada playground tapi Ali masih belum berminat lagi. Ali lagi.suka berlari. Seronok dia lari sampai ibu jari kaki luka pun tak bagitau Mama. Malam tu time dahmandikan dia baru dia tunjuk. Lepas tu mula merengek mintak ditempek dengan plaster. Macam-macam ragam dia.




Pukul 10 pagi, Babah dah ajak balik sebab pukul 12 tengahari Babah nak bertolak ke PD. Sabar ye anak-anak Mama..next week insyaAllah kita jumpa Babah lagi.

6 comments:

  1. ank sy 11bulan setgh boleh jln..xpe slow2...xleh nk paksa sgt kang dia jd takut hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik baru masuk 11 bln..so far dah mula brani melangkah beberapa tapak...

      Delete
  2. seronok bila dapt meluangkan masa dgn anak2 & org tersyg walau pun sekejap... kualiati time tu... abg Ali senyum manis sgt:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best..sekejap tp rasa sangat akrab dgn ank2

      Delete
  3. salam. bestnya riadah dengan family :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. on weekend saja kami dpt luang masa satu keluarga

      Delete