02 February 2015

Kisah Mama : Dipo Provera

Dah agak lama blog ni sunyi sepi. Tak ada idea nak berblogging. Mungkin separuh dari jiwa saya dah dibawa pergi. Huhuhu..En Amri dah sebulan lebih tak balik. So..setiap malam saya cuba tido awal untuk elakkan dari menangis teringat dekat dia. Semoga doa kami untuk tinggal serumah akan Allah makbulkan. Bersabar lah wahai hati.

Tajuk entry kali ni canggih sikit "DIPO PROVERA". Mungkin ramai yang tak fimiliar dengan istilah ni...tapi kalau saya cakap injection untuk cegah hamil...mesti ramai yang tau kan. Dipo provera adalah salah satu cara family planing dimana sedikit hormon progestrone disuntik masuk ke dalam otot badan (biasanya di punggung). Hormon ni akan menghalangovari daripada menghasilkan telur. Bila dah tak ada telur..kemungkinan untuk pregnant pun almost tak ada. Injection ni biasanya kena ambil setiap 12 minggu. Kalau nak tau lebih lanjut...boleh tanya doktor or Mr Google sebab dalam entry ni saya nak cerita pengalaman saya ambil injection ni.

Injection pertama saya ialah 1 month lepas lahirkan Adik. Jadi dah almost 1 tahun 2 bulan. Masa 1st injection, nurse pesan supaya tak bersama suami selama seminggu. Tapi untuk injection seterusnya....dah tak apa. Setiap kali nak ambil injection, nurse akan check tekanan darah dan urine test. Kalau OK....baru boleh. Biasanya result saya OK. Lepas kena injection tu..saya akan rasa sakit sikit. Kalau nak duduk pun kena hati-hati takut tertekan bahagian yang kena inject. Biasanya 2 hari je. Lepas tu dah OK. Cuma badan je rasa penat dan longlai. 

6 bulan pertama ambil injection...period saya tak teratur. Ikut suka dia nak datang bila dan berapa lama. Pernah saya period lebih dari 14 hari. Darah yang turun pulak sikit-sikit. Sometime darah dah berenti turun...tapi esoknya ada balik. Time ni memang saya pening sikit. Tapi masuk bulan ke-7, saya dah tak datang period. Saya buat PT...dan result negative. So saya tanya nurse. Nurse explain...apa yang saya alami itu normal. Means  hormon tu dah sebati dengan badan. Ada orang datang period dan period tu teratur dan ada jugak yang macam saya tak period terus. Jadi...tak perlu risau.

Antara kesan lain yang saya alami sejak ambil injection ni :
1) sakit pinggang dan tulang belakang. Mungkin ada kaitan dengan kerapuhan tulang. So saya start ambil tablet kalsium dan kurang dukung anak-anak.
2) rasa penat dan longlai. Ada hari (terutama lepas injection), saya cuma nak baring dan pejam mata. Satu rumah ni dah faham.
3) rambut gugur. Hurmmmm....yang ni still tak dapat cari solution. Tengah cuba serum yang bagi kuat dan suburkan rambut...tapi sama je.
5) kembung perut. Tiap malam kena sapu minyak telon. Mama ganti Adik..jadi baby..kena pakai minyak telon malam-malam.



Kesan macam pening kepala or berat badan naik..saya tak alami. Tapi biasanya itu rungutan yang saya selalu dengar dari kawan-kawan yang sekapal dengan saya. Rasanya lain orang, lain kesannya. Dari nasihat nurse yang handle saya, injection ni cuma bleh diambil selama 2 tahun. Kalau lebih..takut ada kesan lain yang lebih kronik. So saya cuma tinggal lagi 8 bulan. Lepas ni saya pun tak tahu nak guna kaedah apa pulak.

Ada jugak yang pandang negative bila tau saya ambil injection ni. Tapi tak apa lah...saya anggap mereka tak memahami. Jarak kelahiran Adik dan Ali cuma setahun 2 bulan. Setiap kali pregnant saya ada masalah HB low dan kencing manis. Jadi saya rasa untuk sementara waktu ada baiknya saya rehatkan badan saya sekejap. InsyaAllah bila tiba masanya...Ali dan Adik akan terima adik baru lagi. 

2 comments: