14 May 2017

Kisah Mama : Selamat Hari Ibu 2017

Assalamualaikum

HAPPY MOTHERS DAY

Alhamdulillah...ini tahun ke-4 saya sambut Mothers Day. Tambah bahagia bila sambutan tahun ni dapat dirai bersama hubby tersayang. Tahun-tahun sebelum ni..jarang kami raikan Mothers Day. Jangan kata Mothers Day..birthday anak-anak dan anniversary pun selalu postpone sambutan sebab Babah jauh. Sekarang ni...Alhamdulillah Babah dah ada depan mata..InsyaAllah semua sambutan kami akan sambut bersama.


Hari Ibu tahun ni saya dapat 2 biji kek. Kenapa 2? Huhuhu...sebab tahun-tahun sebelum ni kami tak biasa sambut hari ibu..so saya tersilap bagitau tarikh kat En Amr. Ingatkan Hari Ibu minggu petama bulan Mei..rupanya minggu ke-2. Yang pak cik tu pun beli lah Kek Butterscotch  Jumaat lepas. Hari Ahad baru sedar bila buka FB..tak ada sapa pun wish Mothers Day. Malu I. So, semalam beli sebiji kek lagi..kali ni kek manggo pulak. Dua-dua kek ni kami beli melalui FB Siti Sarah. Yang kek Butterscotch tu RM 35 dan kek manggo tu RM 25 (tapi promosi dapat RM 20). Rasa memang mabeles. Kek lembut dan krim tak manis sangat. Kek Butterscotch...memang puas hati..sos butterscotch dan walnut tak kedekut. Kalau ada yang duduk sekitar Ipoh boleh try order kat Siti Sarah. Saya recommended. 

Untuk Hari Ibu ni saya bersyukur sangat sebab diusia 30++, Allah bagi saya nikmat menjadi seorang ibu dimasa yang sama masih lagi menjadi seorang anak. Sebab bila dah jadi ibu..baru la sedar mana silapnya kita sebagai anak. Alhamdulillah..Allah masih bagi peluang untuk saya perbaiki kesilapan tu. Saya masih ingat lagi hari pertama bergelar ibu, masa saya baru lepas selesai bertarung nyawa lahirkan Ali Amrsyar..masa nurse tolak keluar dari labour room..saya nampak Mama dan En Amr tengah tunggu saya di ruangan menunggu. Masa tu sebak sangat sangat tengok wajah Mama. Saya ambik tangan Mama dan cium sambil nangis. Saya rasa Mama faham kenapa. Masa tu memang menyesal dan rasa bersalah sangat pada Mama. Agaknya apa yang saya rasai masa lahirkan Ali....macam tu lah yang Mama rasa 27 tahun yang lepas masa lahirkan saya. Then bila saya dah besar..saya banyak sakitkan hati Mama...tapi Mama tetap maafkan dan redha. Bila saya sendiri rasa kesakitan tu..baru sedar betapa bertuahnya saya dianugerahkan seorang ibu macam Mama. Terima kasih Allah..moga saya teus diberi peluang untuk berbakti pada orang tua saya selama dan sebaik yang boleh.

Untuk anak-anak saya Ali Dan Addeena : Thank you sebab sudi hadir dalam hidup Mama dan Babah. Dari dulu sampai sekarang..Ali dan Adik tetap Anugerah Terindah yang Allah bagi pada Mama. Saya bertuah kerana dikurniakan anak yang mudah untuk dijaga.. Semoga Allah terus bagi Mama kekuatan untuk mendidik dan menjaga Ali dan Adik menjadi muslim dam muslimah yang terbaik. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment